Lei Geral de Proteção de Dados (LGPD) merupakan undang-undang perlindungan data Brazil yang menyeluruh untuk memberikan lebih banyak hak data bagi individu dan meningkatkan tanggungjawab pematuhan bagi organisasi. Secara terasnya,  LGPD memberi penduduk Brazil lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka dan memberikan kuasa baharu kepada pengawal selia kebangsaan untuk mengenakan denda yang tinggi terhadap organisasi yang melanggar peraturan ini. LGPD mewujudkan hak dan perlindungan sepertimana yang diwujudkan untuk penduduk Eropah melalui GDPR. 

LinkedIn mengambil pendekatan sejagat untuk memastikan semua ahli mendapatkan manfaat daripada peningkatan kawalan dan kejelasan yang sejajar dengan komitmen kami untuk mengutamakan ahli kami dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kepercayaan mereka terhadap kami.  

Anda mempunyai hak menurut LGPD, termasuk hak untuk mengambil tindakan berikut: 

  • Mengakses data peribadi anda 

  • Membetulkan kesilapan dalam data peribadi anda 

  • Memadamkan data peribadi anda 

  • Menolak pemprosesan data peribadi anda 

  • Mengeksport data peribadi anda 

Berikut ialah maklumat lanjut tentang cara melaksanakan hak ini.

Cara menghubungi Pegawai Perlindungan Data LinkedIn 

Menurut LGPD, LinkedIn telah melantik DPO. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang DPO kami dan cara menghubungi mereka, sila lihat Dasar Privasi kami atau terus hubungi DPO di sini: DPO@linkedin.com.