Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR) merupakan undang-undang perlindungan data Eropah yang menyeluruh untuk memberikan lebih banyak hak data bagi individu dan meningkatkan tanggungjawab pematuhan bagi organisasi. Secara terasnya, GDPR memberi penduduk EU lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka dan memberikan kuasa baharu kepada pengawal selia kebangsaan untuk mengenakan denda yang tinggi terhadap organisasi yang melanggar peraturan ini.

LinkedIn mengambil pendekatan sejagat terhadap GDPR untuk memastikan semua ahli mendapatkan manfaat daripada peningkatan kawalan dan kejelasan yang sejajar dengan komitmen kami untuk mengutamakan ahli kami dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kepercayaan mereka terhadap kami. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam Pusat Bantuan kami.

Anda mempunyai hak berikut menurut GDPR:

  • MengaksesĀ data peribadi anda
  • Membetulkan kesilapan dalam data peribadi anda
  • Memadamkan data peribadi anda
  • Menolak pemprosesan data peribadi anda
  • Mengeksport data peribadi anda

Berikut ialah maklumat lanjut tentang cara melaksanakan hak ini: Soalan Lazim tentang Privasi.

Selain maklumat pada Pusat Bantuan kami, harap maklum:

Cara menghubungi Pegawai Perlindungan Data LinkedIn

  • Menurut GDPR, LinkedIn telah melantik DPO. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang DPO kami dan cara menghubungi mereka, sila lihat Dasar Privasikami.

LinkedIn mempunyai proses yang patuh GDPR untuk pemindahan data dari Eropah

  • LinkedIn menggunakan Fasal Kontraktual Standard (juga dikenali sebagai Fasal Model EU) untuk pemindahan data peribadi keluar dari EU.